TNB utamakan kebajikan pendidikan


DALAM usaha menyokong sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited dalam mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial kedada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan
Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata, menjadi keutamaan TNB dalam memberi sokongan padu terhadap bidang kebajikan pendidikan yang dipertanggungjawabkan menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN).
“Dalam hal ini, kita sedia maklum bahawa proses pembelajaran dan pendidikan tidak hanya berlaku dalam kelas sahaja, malah ia berlaku setiap masa dan di mana- mana saja.
“Oleh itu, mutu pendidikan negara perlu diukur dan dinilai berasaskan pelbagai faktor dan aspek termasuk perkembangan sahsiah, sikap, kebolehan dan kemahiran pelajar selain pencapaian dalam bidang akademik,” katanya pada Majlis Penutupan Program Mutiara Timur 2014 di Hotel rhr@Uniten, Putrajaya baru-baru ini. Pelajar cemerlang dari Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjadi peserta program yang berlangsung selama 5 hari.
“Pada kali ini, program ini menyaksikan penglibatan seramai 25 pelajar yang dipilih di sekitar Daerah Sandakan, Sabah manakala 31 pelajar lagi dipilih dari sekitar Daerah Kanowit, Sarawak masing-masing dari tingkatan empat yang dipilih berdasarkan akademik dan kokurikulum mereka,” jelasnya.
Katanya, tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membantu melahirkan pelajar yang berilmu, berkemahiran dan berkualiti dalam semua aspek.
“Melalui program ini, TNB berharap akan dapat membantu meningkatkan tahap pendidikan pelajar khususnya dari luar bandar di Sabah dan Sarawak.
“Hasrat kita adalah untuk mencetuskan aspirasi dan memberi pendedahan kepada pelajar cemerlang tetapi kurang berkemampuan untuk terus berjaya dalam pretasi akademik dengan menyalurkan bantuan meningkatkan tahap pendidikan melalui kaedah pembelajaran tidak formal seperti aktiviti lawatan sambil belajar seperti ini,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, melalui pelaksanaan program seumpama ini, secara tidak langsung pelajar-pelajar akan mendapatkan pendedahan mengenai peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi di samping dapat menimba pengertahuan dan pengalaman mengenai industri tenaga di negara ini.
“Semua pemgalaman dan pengertahuan yang disalurkan ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih gigih sekali gus mencetuskan minat masing-masing untuk menjadikan bidang kejuruteraan terutamanya kejuruteraan elektrik sebagai kerjaya pilihan di masa akan datang.
“Apapun, perlu diingatkan kepada mereka akan cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi dalam proses pembelajaran khususnya membentuk jati diri bagi menglekapkan diri bukan sahaja dengan ilmu pengertahuan tetapi perlu diselitkan dengan nilai-nilai murni yang tinggi, mampu berdaya saing,berketrampilan serta berkeyakinan,” ujarnya.

Sementara itu, pelajar terbaik lelaki, Azhan Fiqrie Manja, 16, menyifatkan program seperti ini mampu mengubah pemikiran pelajar khususnya yang berada di kawasan luar bandar untuk lebih mengenali dunia khususnya pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
“program ini memberi ruang dan perluang kepada kami untuk mencari kekuatan diri dan membina keyakinan untuk bergerak dengan lebih jauh lagi dalam mengejar cita-cita ke menara ganding,” kanya.

Bagi Jessy Stangle Asang, 16, yang juga peserta terbaik perempuan berharap agar program berkenaan dapat diteruskan untuk masa hadapan kerana dapat mengembangkan pemikiran sekali gus membina tahap keyakinan dalam diri.
“Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sikap disiplin, yakin dan berani sehingga dapat membina tahap kredibiliti seorang pelajar yang yang bermutu tinggi,” ujarnya.

Comments are closed.